Juzuk 2

Asbab Nuzul

JUZUK 2

MUKA SURAT ASBABUN NUZUL
21 Surah al-Baqarah ayat 135

Diriwayatkan daripada Ibnu Abas, Ibnu Syuraih berkata kepada Rasulullah SAW, “hanya golongan kami yang dapat memberikan petunjuk, maka ikutilah kami – wahai Muhammmad- sehingga engkau mendapatkan petunjuk.” Maka turunlah ayat 135 sebagai penegasan “Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata, Jadilah kamu sebagai pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk.”

 

Surah al-Baqarah ayat 137

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawasanya adat tradisi agama Nasrani ketika mereka melahirkan seorang bayi, maka pada hari ketujuhnya bayi tersebut dibai’at (dibaptis) dengan cara dimasukkan ke dalam air yang telah disiapkan. Proses bai’at tersebut untuk menggantikan syariat khitan. Mereka beranggapan bahawa tata cara itu dapat menyucikan seorang bayi dan dapat menjadikan seorang pemeluk Nasrani yang sejati. Maka, turunlah ayat 137.

22 Surah al-Baqarah ayat 143

Al-Bara meriwayatkan, “banyak kaum muslimin yang telah meninggal sebelum kiblat beralih dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Lalu, kami pun mempertanyakan nasib mereka.” Kemudian turunlah ayat tersebut, “Dan Allah tidak akan menya-nyiakan keimanan kalian.” (HR. Bukhari dan Muslim)

24 Surah al-Baqarah ayat 154

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa ayat 154 turun berkenaan dengan keempat belas mujahid yang syahid di Perang Badar. Lapan orang dari Ansar dan enam orang dari muhajirin. Kemudian, banyak orang yang menyebut bahawa mereka telah mati meninggalkan dunia seperti halnya serta kematian lainnya. Maka dari itu, turunlah ayat ini untuk menjelaskan hakikat keadaan mereka.

25 Surah al-Baqarah ayat 168

Diriwayatkan daripada Al-Kalaby bahawa orang arab dari suku Saqif, Khuza’ah, dan Amr Sa’sa’ah mengharamkan diri mereka dari sawah ladang, haiwan ternak, bahirah(unta betina yang beranak banyak dan salah satu anak jantannya dijadikan persembahan untuk berhala maka daging dan susunya diharamkan), saibah (unta betina yang dilepaskan oleh seorang yang bernazar demi keselamatan untuk perjalanan jauhnya), washilah (anak domba jantan yang dilahirkan kembar). Terlarang untuk dijadikan persembahan bagi berhala), dan ham (unta jantan untuk membuntingi betina, dilarang dagingnya).

26 Surah al-Baqarah ayat 174-175

Diriwayatkan dari Tsa’labi, ibnu Abbas RA berkata bahawa ayat ini turun berkenaan dengan para pembesar dan pendeta Yahudi, mereka selalu mendapatkan hadiah daripada para pengikutnya, sehingga mereka berharap agar nabi yang akan diutus berasal dari golongan mereka. Lalu, ketika diutus adalah Nabi Muhammad SAW, yang bukan dari golongan mereka, mereka takut kehilangan pendapatan dan kedudukan sehingga mereka mengubah sifat-sifat kenabian Muhammad SAW yang ada pada kitab mereka lalu menyampaikan kepada khalayak ramai bahawa sifat-sifat dari nabi akhir zaman itu tidaklah sesuai dengan nabi ini (Muhammad).

27 Surah al-Baqarah ayat 177

Dari Qatadah, Abdur Razaq meriwayatkan bahawa ayat ini berkaitan dengan orang Yahudi yang beribadah dengan menghadap ke arah barat dan orang Nasrani menghadap ke arah timur. Maka turunlah ayat ini yang menjelaskan arah kiblat yang sebenarnya.

28 Surah al-Baqarah ayat 186

Diriwayatkan daripada Muawiyah bin Haidah. Suatu ketika seorang Arab dusun mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya kepadanya perihal sifat dekat Allah, “Apakah Allah itu dekat sehingga kami memohon kepada-Nya dengan lirih ataukah Dia jauh, lalu kami memohon kepada-Nya dengan berseru?” maka turunlah ayat ini.

30 Surah al-Baqarah ayat 194

Dari Qatadah, diriwayatkan bahawasanya ayat ini diturunkan sebagai bantahan bagi orang musyrik Hudaibiyah di Mekah yang berupaya menghalangi Rasulullah SAW bersama para sahabat untuk memasuki Masjidilharam. Kejadian ini berlaku pada bulan Zulkaedah. Kemudian, pada tahun berikutnya, Rasulullah SAW dan pengikutnya dapat memasuki Mekah dengan selamat atas pertolongan Allah SWT. (HR Thabari)

31 Surah al-Baqarah ayat 200

Mujahid meriwayatkan bahawa sebahagian orang Arab ketika kembalinya dari haji, mereka singgah ke Jamarat (temoat melempar jumrah) dan menyebut nenek moyang serta amal perbuatan mereka. Kemudian urunlah ayat ini. (HR Thabari)

32 Surah al-Baqarah ayat 204, 206

Dari as-Suddi,meriwayatkan bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan seseorang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk menampakkan keislamannya. Orang itu adalah Akhnas bin Syuraik. Selepas berjumpa Rasulullah SAW, beliau melewati perkuburan dan penternakan keldai. Lalu, beliau membakar kebun dan ternakan itu. Kemudian turunlah ayat ini. (HR Thabari)

33 Surah al-Baqarah ayat 215

Dari Ibnu Juraij diriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan ketika sebahagian mukmin bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kemana mereka menginfakkan harta benda. (HR Thabari)

34 Surah al-Baqarah ayat 217

Ayat ini diturunkan ketika pasukan Rasulullah SAW berselisih dengan Amru bin Hadharami bersama pasukannya yang baru sahaja bertolak dari Taif untuk memerang pasukan Rasulullah SAW. Kemudian, pasukan Muslim berhasil membunuh Amru dan pasukannya, serta merampas harta benda mereka. Padahal, malam itu sudah memasuki awal bulan Rejab (salah satu bulan diharamkan peperangan) sehingga kaum muslimin yang lain mengecam tindakan pasukan Rasulullah itu. Maka, turunlah ayat ini. (HR Thabari)

35 Surah al-Baqarah ayat 224

Diriwayatkan dari Ibnu Juraij bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Bakar yang bersumpah tidak akan memberikan suatu harta (nafkah) kepada Misthah. Menurutnya Misthah sempat turut bersama kaum munafik dalam peristiwa hadisul ifki (berita bohong berkaitan Aisyah). Maka,turunlah ayat ini.

36 Surah al-Baqarah ayat 226-227

Rasulullah SAW pernah bersumpah Ha’ (tidak bersama isteri) selama satu bulan kepada salah satu isterinya. Kemudian, Allah SWT menurunkan ayat ini sebagai tegasan hukum bagi orang yang bersumpah Ha’ dengan tangguhan waktu selama empat bulan. Dengan demikian, setelah selesai waktu itu, sang suami boleh berkumpul kembali dengan membayar kafarat atau menceraikannya. (HR. Bukhari dan Muslim dari Aisyah)

37 Surah al-Baqarah ayat 231

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, ada seorang lelaki yang menjatuhkan talak kepada isterinya, lalu dia rujuk sebelum masa iddah berakhir. Kemudian dia menceraikannya kembali. Ini bermaksud membuat isterinya terumbang-ambing sehingga tidak boleh menikah dengan lelaki lain. Maka, turunlah ayat ini.

39 Surah al-Baqarah ayat 238

Diriwayatkan oleh At-Tabari, Mujahid berkata, “Ada beberapa orang yang mendirikan solat sambil berbicara, bahkan ada yang memerintahkan yang lain yang berada di sebelahnya untuk melakukan sesuatu.” Maka,turunlah ayat 238 ini.

Surah al-Baqarah ayat 245

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ketika turunnya ayat 261,surah al-Baqarah yang berkenaan dengan sedekah, Rasulullah SAW berdoa, “Ya Allah, anugerahi dan tambahkanlah kepada umatku kurniaan-Mu.” Kemudian turunlah ayat 245 ini.

 

 

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20