Juzuk 4

Asbab Nuzul

Juzuk 4

MUKA

SURAT

ASBABUN NUZUL
61 Surah Ali ‘Imran ayat 85

Mujahid meriwayatkan ayat ini diturunkan berkenaan tiga belas orang yang di antaranya adalah Haris bin Suwaid Al-Ansari yang keluar dari Islam di Mekah. Kemudian, Rasulullah SAW mendengar bahawa mereka telah kafir sehingga beliau memperingatkan bahawa apa yang mereka cari dari selain itu, nescaya tidak akan diterima oleh Allah. Maka, dari itu, Suwaid dan beberapa orang yang bersamanya bertaubat dan kembali pada agama Islam.

62 Surah Ali ‘Imran ayat 99-100

Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan sebagai peringatan keras kepada orang Yahudi yang mengadu domba di suatu majlis dan membuat kekacauan terhadap dua suku Arab, iaitu Aus dan Khazraj, agar mereka saling memerangi satu sama lain. Maka, turunlah ayat ini.

63 Surah Ali ‘Imran ayat 101-103

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa suatu ketika suku Aus dan Khazraj berkumpul dalam satu majlis. Mereka menceritakan permusuhan mereka pada zaman Jahiliyah. Hai itu membangkitkan kemarahan di antara mereka hingga ada yang berdiri dan menghunus pedang. Mak dari itu, turunlah ayat 101-103 yang mendamaikan perselisihan mereka.

64 Surah Ali ‘Imran ayat 110

Diriwayatkan dari Ikrimah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan perdebatan antara dua orang dari golongan Yahudi dan sekelompok kaum muslim. Mereka mengatakan, “sungguh, agama kami lebih baik daripada agama yang kalian serukan ini kerana kami adalah lebih baik dan lebih mulia daripada kalian.” Maka dari itu, Allah menurunkan penjelaan ini kepada Nabi Muhammad SAW dan orang mukmin yang bersamanya.

65 Surah Ali ‘Imran ayat 118

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata bahawa segolongan dari orang islam menjalin hubungan dengan orang Yahudi, baik kerana berdekatan tempat tinggal mahupun kerana suatu ikatan perjanjian tertentu semenjak masa sebelum Islam datang. Kemudian, Allah memperingatkan mereka dalam melangsungkan hubungan itu kerana kebiasaan orang Yahudi yang sering menimbulkan kekacauan. Maka, turunlah ayat ini.

66 Surah Ali ‘Imran ayat 128

Diriwayatkan dari Anas bahawasanya ayat ini diturunkan ketika terjadi peperangan di Uhud. Rasulullah SAW terluka sehingga gigi hadapan beliau tercabut dan darah mengalir hingga ke wajah beliau. Lalu, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah orang yang melakukan ini akan beruntung kerana telah melakukan penganiayaan terhadap Rasul. Padahal, dia telah menyeru (mereka agar beriman) kepada Allah.”

67 Surah Ali ‘Imran ayat 135

Ketika Abu Muqbit Nabhan, seorang penjual kurma, didatangi seorang pembeli, seorang wanita cantik, ia memeluk dan mencium wanita yang bukan mahramnya itu. Kemudian ia menyesali perbuatannya dan mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Lalu, turunlah ayat ini.

69 Surah Ali ‘Imran ayat 149

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa ayat ini diturunkan dengan ucapan orang munafik terhadap kaum muslimin yang mengalami kekalahan pada Perang Uhud, “Kembalilah kalian pada agama saudara-saudara kalian.” Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai peringatan keras bagi orang yang hendak kembali kafir.

70 Surah Ali ‘Imran ayat 154

Dari Jubair, diriwayatkan bahawa ketika pasukan muslim dilanda ketakutan dan perasaan khuatir terhadap kekalahan yang terjadi pada Perang Uhud, Allah menurunkan kepada mereka  rasa mengantuk. Sebahagian dari mereka ada orang munafik yang menyesali apa yang telah mereka lakukan: berperang bersama Rasulullah SAW di Uhud. Kemudian, turunlah ayat ini yang memperingatkan kepada mereka bahawa sekiranya mereka tidak ikut berperang, nescaya kematian tetap akan tiba.

71 Surah Ali ‘Imran ayat 161

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya setelah masa peperangan Badar, ada seseorang yang kehilangan tutup kepala berwarna merah. Kemudian, ada seseorang yang menuduh bahawa Rasulullah SAW yang mengambilnya. Lalu, turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa tidak mungkin seorang Rasulullah SAW melakukan hal itu.

72 Surah Ali ‘Imran ayat 172

Ibnu Abbas RA meriwaykan ketika selesai Perang Uhud, Rasulullah SAW menyeru kepada para sahabatnya untuk mengusir pasukan Abu Sufyan yang berjumlah tujuh puluh orang. Ketika itu, mereka berada di Badar kecil dan pasukan Rasulullah SAW bergerak menyerang Abu Sufyan dan pasukannya hingga ke Shafira. Lalu, turunlah ayat ini.

74 Surah Ali ‘Imran ayat 186

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang Yahudi yang mengatakan bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah tidak kaya dan merelah yang kaya, sebagaimana dijelaskan pada ayat 181. Mereka menghina Rasulullah SAW dan menebarkan kekacauan di kalangan kaum Quraisy. Kemudian, Allah menurunkan ayat ini. (HR Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Mundzir dari Ibnu Abbas)

75 Surah Ali ‘Imran ayat 188

Diriwayatkan dari Ibnu Auf bahawasanya ketika Marwan menyuruh penjaganya yang bernama Rafi untuk pergi menemui Ibnu Abbas untuk menanyakan kandungan ayat tersebut yang menerangkan seseorang yang membanggakan amal perbuatannya maka ia akan diseksa oleh Allah. Lalu, Ibnu Abbas menjelaskan maksud surah itu. “Sesungguhnya ayat ini diturunkan berkenaan Ahli Kitab. Suatu hari, Rasulullah SAW bertanya kepada mereka tentang sesuatu, akan tetapi mereka menyembunyikannya dan memberitahu sesuatu yang lain. Kemudian, mereka keluar dan memperlihatkan bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah. Mereka mengharap pujian atas perbuatan itu dan senang kerana merasa telah dapat menyembunyikan sesuatu daripada Rasulullah SAW.” (HR Bukhari dan Muslim)

76 Surah Ali ‘Imran ayat 195

Diriwayatkan dari Ummu Salamah ketika ia beranggapan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah menyebutkan pahala bagi para perempuan yang turut berhijrah. Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa baik lelaki mahupun perempuan akan mendapat pahala dari sisi Allah SWT.

77 Surah An-Nisa’ayat 2

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki ghathafan yang mempunyai harta yang banyak milik anak yatim (anak saudaranya). Ketika anak itu sudah dewasa, dia meminta harta itu namun tidak diberikan oleh bapa saudaranya. Lalu, keduanya mengadukan permasalahan kepada Rasulullah SAW hingga turunlah ini.

78 Surah An-Nisa’ ayat 11

Diriwayatkan dari Jabir  bahawasanya Rasulullah SAW dan Abu Bakar dengan berjalan kaki mendatangi dirinya yang berada di perkampungan Bani Salamah. Saat itu, ia sedang sakit parah sehingga tidak sedarkan diri. Kemudian, Rasulullah SAW memercikkan air wuduk ke mukanya hingga sedarkan diri. Lalu, dia menanyakan kepada beliau perihal harta benda yang akan diwariskannya, “Apa yang harus aku lakukan dengan hartaku?” lalu, turunlah ayat ini yang menjelaskan hak orang tua dan anak terhadap harta pewaris.

80 Surah An-Nisa’ ayat 19

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya di antara adat kebiasaan bangsa Arab sebelum Islam, jika seorang lelaki dari mereka meninggal dunia, walinya berhak atas isteri yang ditinggalkannya yang selanjutnya boleh dinikahi oleh dirinya atau oleh orang lain atas izin wali. Janda tersebut tidak boleh menolak kerana si wali lebih berhak daripada keluarganya. Kemudian, turunlah ayat ini untuk menghapus tradisi yang berlaku pada masa jahiliyah perihal wanita yang ditinggal mati suaminya.

 

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20