Juzuk 5
MUKA
SURAT |
ASBABUN NUZUL |
81 | Surah An-Nisa’ ayat 22
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Kalab Al-Qarzi bahawa masyarakat Arab masa jahiliyah membolehkan untuk menikahi bekas isteri ayahnya (ibu tiri) dan dua perempuan yang bersaudara. Kemudian, Allah SWT menghapus perbuatan buruk itu dengan diturunkannya ayat ini yang melarang untuk menikahi bekas isteri bapanya atau dua saudara yang sekandung dalam satu waktu. |
82 | Surah An-Nisa’ ayat 24
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, ada di antara tawanan perang yang masih memiliki suami, para sahabat mengadukan kepada Rasulullah perihal hukumnya jika menikahinya. Kemudian, turunlah ayat ini yang melarang untuk menikahi wanita yang masih bersuami, “Dan (diharamkan juga atas kalian untuk menikahi) perempuan yang bersuami, kecuali hamba sahaya perempuan (tawanan perang) yang kalian kuasai …. Sementara sambungan dari ayat tersebut, “… Berikanlah mas kahwinnya kepada mereka sebagai suatu kewajiban. Akan tetapi tidak berdosa atas kalian jika ternyata di antara kalian saling merelakan, setelah ditetapkan.” Berkaitan dengan kewajiban memberi mahar kepada isteri dalam perkahwinan, kecuali jika tidak mampu dan kerana keterbatasan harta yang dia miliki. |
83 | Surah An-Nisa’ ayat 32
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawasanya kaum lelaki turut berperang, sedangkan kaum perempuan tidak. Oleh kerana itu, menurutnya, hendaklah perempuan mendapat setengah dari harta warisan. Sebab, orang yang berperang akan mendapat bahagian yang lebih besar daripada ghanimah (harta rampasan). Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menjelaskan agar masing-masing redha terhadap bahagiannya. Selain itu turun pula surah al-Ahzab ayat ke-35, “sesungguhnya, lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang bersabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS: al-Ahzab, 33:35) |
84 | Surah An-Nisa’ ayat 37
Diriwayatkan dari Said bin Jubair bahawasanya para rahib dari golongan Yahudi kikir terhadap ilmu (di antaranya adalah menyembunyikan sifat-sifat kerasulan Muhammad yang tertera dalam Taurat dan Injil). Maka dari itu, Allah memperingatkan mereka dengan turunnya ayat ini. |
85 | Surah An-Nisa’ ayat 43
Ketika ada sebahagian orang dari kalangan mukmin meminum arak kemudian melaksanakan solat sehingga mereka tidak mengetahui berapa rakaat yang didirikannya, tambahan tidak ingat apa yang dibacanya, Allah memperingatkan mereka agar tidak mendekati solat saat mereka dalam keaadaan mabuk. Kemudian turunlah ayat ini. Sambungan ayat ini berkenaan dengan bersuci dengandebu, iaitu ketika Rasulullah bersama Aisyah dan beberapa kaum muslimin mengadakan perjalanan jauh. Mereka tidak mendapat air untuk bersuci. Maka turunlah ayat ini yang menjelaskan keringanan … bersuci dengan debu bagi orang yang tidak mendapati air atau dalam keadaaan darurat lainnya. (HR Ibnu Abbas) |
86 | Surah An-Nisa’ ayat 51
Diriwayatkan dari Ikrimah, ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua orang dari Ahli Kitab yang bernama Hay bin Akhtab dan Ka’ab bin Asyraf. Keduanya berkata kepada orang-orang kafir Mekah bahawa mereka adalah lebih mulia dan lebih baik daripada Muhammad SAW kerana mereka telah melayani tetamu, membantu Jemaah haji, dan memerdekakan hamba sahaya. Kemudian turunlah ayat ini yang menyungkapkan jati diri orang yang hendak menyebarkan kekacauan itu. |
87 | Surah An-Nisa’ ayat 52
Diriwayatkan Ibnu Abbas, orang Yahudi iri dan dengki pada kerasulan Muhammad dan para sahabatna. Kemudian, turunlah ayat ini yang memperingatkan mereka dengan ancaman Allah. Ketika ayat ini diturunkan, mereka berhelah dan mengatakan, “Demi Allah, kami tidak bermakasud buruk kepada Muhammad SAW, tetapi dialah yang sedang marah kepada kami atau iri hati kepada kami.” |
88 | Surah An-Nisa’ ayat 65
Diriwayatkan daripada Zubair bin Awwam bahawasanya dirinya pernah terlibat dalam suatu perdebatan dengan salah seorang sahabat dari Ansar yang turut terlibat dalam Perang Badar. Mereka membincangkan masalah air. Kemudian, Rasulullah mendengar hal itu dan beliau menganjurkan agar air itu dialirkan untuk dirinya, lalu untuk sahabat itu dan orang lain. Mendengar hal itu, sahabat dari Ansar tidak terima dan berkata, “ Apakah keputusan ini kerana dia dalah anak saudaramu, wahai Rasulullah?” Air muka beliau berubah sehingga beliau mengubah keputusannya agar Zubair mengalirkan air itu kembali ke saluran. Akhirnya, keduanya menerima keputusan beliau. Maka dari itu, turunlah ayat ini. |
89 | Diriwayatkan daripada Ibnu Jarir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan sifat orang munafik, iaitu jika ada syariat yang mewajibkan atas mereka untuk bertaubat dengan cara bunuh diri atau pergi meninggalkan kampung halaman (sebagaimana syariat umat sebelumnya), mereka tidak akan melaksanakannya. Hanya sebahagian kecil daripada mereka yang bersungguh berpegang teguh pada perintah Allah (yang dimaksudkan sebahagian kecil yang teguh pendiriannya adalah Tsabit bin Qais, Ammar, dan Abdullah bin Mas’ud). |
90 | Surah An-Nisa’ ayat 78
Diriwayatkan daripaa Ibnu Abbas bahawasanya ketika terjadi peperangan di Uhud, sebahagian pasukan muslim syahid lalu orang munafik yang tidak turut berperang berkata, “Sekiranya mereka tidak keluar berperang, nescaya mereka tidak akan terbunuh dalam perang.” Ibnu Abbas menerangkan sifat takut orang munafik terhadap kematian. Maka, turunlah ayat ini. |
92 | Surah An-Nisa’ ayat 88
Ketika Rasulullah kembali untuk berperang di Uhud, orang yang bersama beliau terlibat perselisihan mengenai sikap mereka terhadap orang munafik. Salah satu kelompok berkata, “Kami akan membunuh mereka,” dan sekelompok lainnya berkata, “kami akan membiarkan mereka hidup.” Kemudian, turunlah ayat ini. (HR Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Tsabit) |
93 | Surah An-Nisa’ ayat 94
Diwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya kaum muslimin bertemu dengan seseorang dari Bani Sulaim yang membawa ghanimah, kemudian orang itu mengucapkan salam. Akan tetapi, sekelompok kaum muslimin itu berkeyakinan bahawa dia adalah musuh sehingga dia dibunuh dan harta ghanimahnya mereka ambil. Maka dari itu, turunlah ayat ini. |
94 | Surah An-Nisa’ ayat 95
Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawasanya ketika dirinya berada di sisi Rasulullah SAW, pada saat itu turunlah ayat, “Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) dengan orang yang berjihad di jalan Allah.” Menyahutlah salah seorang yang berada di situ, seorang yang buta, Ibnu Ummi Maktum. Dia berkata, “Bagaimana dengan diriku yang buta, tidak dapat melihat?” maka, turunlah kelanjutan ayat tersebut, “ghairu ulidh dharari (selain yang mempunyai uzur),” hingga akhir ayat ke-96. |
97 | Surah An-Nisa’ ayat 123
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ayat ini berkenaan dengan golongan Yahudi, Nasrani, dan kaum muslimin sendiri yang berdebat di sebuah majlis. Masing-masing beranggapan bahawa merekalah yang akan selamat dan masuk syurga. Baik orang kafir mahupun orang mukmin, keduanya akan mendapat balasan atas apa yang dilakukan. Bagi orang kafir, telah disediakan api neraka kelak di akhirat untuk selamanya. Bagi orang yang beriman yang melakukan kejahatan, nescaya akan ditimpa kesulitan dan azab di dunia serta sejenak di neraka. Maka, turunlah ayat ini. |
99 | Surah An-Nisa’ ayat 128
Diriwayatkan daripada Aisyah dan juga Ibnu Abbas bahawasanya seorang perempuan akan diceraikan oleh suaminya. Akan tetapi, kerana isterinya mempersilakan kepada suaminya untuk memperlakukan apa saja terhadap dirinya, asalkan tidak dicerai, lalu dia mengurungkan niatnya. Maka, turunlah ayat ini yang menjelaskan perdamaian dan kesepakatan untuk tidak bercerai adalah yang terbaik bagi kedua pasangan itu. |
100 | Surah An-Nisa’ ayat 135
Diriwayatkan daripada As-Suddi bahawa ayat ini turun berkenaan dengan perselisihan antara orang yang kaya dan orang yang miskin. Kemudian, Rasulullah berpihak kepada orang miskin. Menurutnya,orang miskin tidaklah menzalimi yang kaya. Ayat ini turun sebagai teguran Allah kepada Rasulullah dalam memutuskan perkara agar beliau berbuat adil. |