BAB 4 : AKHLAK DAN ADAB-ADAB MUSLIM

Bab 4 : Akhlak dan Adab Muslim

AKHLAK DAN ADAB-ADAB MUSLIM

1. Adab Makan

  • Al-Baqarah (2) :
  • Ayat 57-60
57. Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (agar kamu terlindung daripada panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa” (makanan manis seperti madu dan daging burung yang seakan-akan puyuh), (serta Kami berfirman): “Makanlah daripada makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu (tanpa kamu menyimpannya). (Tetapi mereka mengkufuri niʻmat itu dan menyimpannya, maka Allah menghentikan rezeki itu) Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan perlakuan mengkufuri niʻmat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri.

58. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman (setelah keluar dari padang pasir itu): “Masuklah kamu ke bandar ini (Bayt al-Maqdis), kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai; dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata, Ya Allah ampunilah dosa kami, nescaya Kami ampuni kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang yang berbuat baik.”

59. Kemudian orang yang zalim (menderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami timpakan ke atas orang yang zalim itu bala bencana dari langit, disebabkan mereka sentiasa melakukan kefasiqan (menderhaka).

60. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musamemohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu ini dengan tongkatmu”, (lalu dia pun memukulnya), maka terpancarlah daripada batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap puak (di kalangan mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Lalu Kami berfirman): “Makan dan minumlah kamu daripada rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi dengan melakukan kerosakan.”

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ۝٥٧

وَإِذْ قُلْنَا ٱدْخُلُوا۟ هَٰذِهِ ٱلْقَرْيَةَ فَكُلُوا۟ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًۭا وَٱدْخُلُوا۟ ٱلْبَابَ سُجَّدًۭا وَقُولُوا۟ حِطَّةٌۭ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَٰيَٰكُمْ ۚ وَسَنَزِيدُ ٱلْمُحْسِنِينَ ۝٥٨

فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رِجْزًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ ۝٥٩

۞ وَإِذِ ٱسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَ ۖ فَٱنفَجَرَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًۭا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍۢ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ مِن رِّزْقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ ۝٦٠

 

57. And We shaded you with clouds, and We sent down to you the Manna and the Quails, (saying): “Eat of the good things We have provided you with,” and they did  not wrong Us but they wronged themselves.

58. And when We said: “Enter this town and eat from it wherever you wish, plentifully, and enter the gate bowing down (with humility), and say: ‘Put down our sins,’ (in order that) We shall forgive your sins, and We shall increase (the reward) for the doers of good.”

59. But those who did wrong changed this saying for another, different from what had been said to them; so We sent down upon the wrong-doers a plague from heaven, because they used to disobey repeatedly.

60. And when Mūsā asked for water for his people, We said: “Strike the rock with your staff.” Then twelve springs gushed forth from it; each tribe knew well its own place for water. “Eat and drink out of the provisions of Allah, and act not corruptly on the land, making mischief.”

 

  • Ayat 168
168. Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.  

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًۭا طَيِّبًۭا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌ ۝١٦٨

168. O men! Eat of what is lawful and good on the earth, and follow not the footsteps of the Evil One; surely, he is an enemy to you clear.

 

  • Ayat 172
172. Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-Nya.

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ۝١٧٢

172. O you who believe! Eat of the good things that We have provided you with, and give thanks to Allah, if Him alone you worship.

 

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20