Huruf Alif  (أ)

Kamus Al-Quran

HURUF HAMZAH (أ  )

1-

أَبٌّ

“RUMPUT-RAMPAI”

 

Keterangan  :

al-Syaikh al-Sabuni (Sofwah at-Tafasir, 3:519) menjelaskan bahawa al-Abbu ialah al-mar’a (المرعى) yang bererti “rumput rampai” dan setiap yang tumbuh dipermukaan bumi serta dimakan oleh binatang ternakan. Penduduk Morocco mengkhususkan kata al-Abbu kepada al-Hasyisy iaitu sejenis tumbuhan seumpama ganja atau marijuana.

Sebilangan ahli Tafsir mengatakan bahawa al-Abbu ialah apa yang dimakan oleh binatang ternakan iaitu rumput atau secara khususnya ialah jerami. Apa yang dimakan oleh manusia dinamakan al-Hasid (الحصيد ) iaitu apa yang diketam seperti gandum, padi dan lain-lain.

Setelah penelitian dibuat daripada ayat al-Quran (80:31), sebahagian ahli Tafsir menyatakan Al-Abbu ialah sesuatu yang tumbuh di permukaan bumi tetapi tidak sama dengan buah-buahan. al-abbu ialah makanan untuk binatang ternakan sebagaimana buah-buahan untuk makanan manusia. Ada sesetengahnya mengatakan bahawa al-Abbu ialah buah-buahan ketika keringnya. Wallahu a’lam.

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب ب)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil Erti No. Surah & ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Rumput-rampai 80:31 وَفَاكِهَةً وَأَبًّا

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 1

 

2-

أَبْتَرٌ

“ TERPUTUS”

Keterangan:

As-Sabuni menjelaskan bahawa al-Abtar (   الأَبْتَرُ  ) ialah terputus daripada setiap kebaikan, diambil daripada kata al-Bitru ( الْبِتْرُ  ) yakni al-qat’u (  الْقَطْعُ ) yakni putus. Dikatakan :

بَتَرْتُ الشَّيْءَ بِتْرًا

Ertinya:

“ Aku telah memutuskannya.”

Pedang dikenali juga sebagai al-batir (الْبَاتِرُ ) kerana ia merupakan alat pemotong. Begitu juga dikatakan kepada seorang yang tidak mempunyai keturunan sebagai abtar, kerana dia memutuskan nasabnya. Seterusnya, kata ini digunakan untuk seorang yang tidak ada jasa yang dikenang atau sebutan peribadi yang baik.  Ini bererti, sesiapa yang memusuhi kebenaran yang dibawa oleh para rasul-Nya dan orang yang mengikutinya, maka para penentang selalu dalam celaan orang yang beriman. Contohnya, Fir’aun yang menentang Nabi Musa AS dan Abu Lahab serta teman-temannya yang menentang Nabi Muhammad SAW.

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ب ت ر)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil Erti No. Surah No. Ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Terputus 108 3 إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 1

 

3-

أَبَدٌ

“SELAMA-LAMANYA”

Keterangan  :

Menurut al-Raghib, al-abadu ialah ungkapan tentang lamanya zaman yang terbentang yang tidak dapat dibahagi-bahagikan sebagaimana zaman menempatinya. Al-Razi menjelaskan bahawa al-Abadu ialah al-Dahr (الدهر  ) iaitu masa. Ia berfungsi sebagai keterangan waktu (zarfuz zaman) untuk menjelaskan waktu akan datang (mustaqbal) yang berfungsi menetapkan (al-Ithbat) atau meniadakan (al-Nafyu) yang menunjukkan terus menerus kelangsungannya (al-Istimrar) [Mu’jam al-Wasit, 1:2].

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب د)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil Erti No.Surah & ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Selama-lamanya
2:95
وَلَنْ يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
2 Selama-lamanya 4:57 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ
3 Selama-lamanya 4:122 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا
4 Selama-lamanya 4:169 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
5 Selama-lamanya 5:24 إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا
6 Selama-lamanya 5:119 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ
7 Selama-lamanya 9:22 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
8 Selama-lamanya 9:83 فَقُلْ لَنْ تَخْرُجُوا مَعِيَ أَبَدًا وَلَنْ تُقَاتِلُوا مَعِيَ
9 Selama-lamanya 9:84 وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ
10 Selama-lamanya 9:100 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
11 Selama-lamanya 9:108 لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ
12 Selama-lamanya 18:3 مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
13 Selama-lamanya 18:20 يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا
14 Selama-lamanya 18:35 قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا
15 Selama-lamanya 18:57 وَإِنْ تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ فَلَنْ يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا
16 Selama-lamanya 24:4 فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا
17 Selama-lamanya 24:17 يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَنْ تَعُودُوا لِمِثْلِهِ أَبَدًا
18 Selama-lamanya 24:21 وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا
19 Selama-lamanya 33:53 وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا
20 Selama-lamanya 33:65 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
21 Selama-lamanya 48:12 بَلْ ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَنْقَلِبَ الرَّسُولُ وَالْمُؤْمِنُونَ إِلَىٰ أَهْلِيهِمْ أَبَدًا
22 Selama-lamanya 59:11 لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا
23 Selama-lamanya 60:4 وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا
24 Selama-lamanya 62:7 وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُ أَبَدًا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
25 Selama-lamanya 64:9 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
26 Selama-lamanya 65:11 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا
27 Selama-lamanya 72:23 فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
28 Selama-lamanya 98:8 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 28

 

4-

أَبْرَارٌ

“ORANG YANG BERBAKTI”

Keterangan:

Kata abrar  memberi erti : orang yang benar-benar berbakti. Kata lawannya ialah : al-fujjar ( الفجار ),  yakni : orang yang derhaka. Antara ciri Abrar sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Quran ialah mereka  tidak mengharapkan ucapan terima kasih di dalam pemberian mereka lantaran pemberian mereka semata-mata untuk mendapat reda Allah SWT [al-Insan: 8-9]

 

Kata dasar dan turutannya:

Kata dasarnya ialah daripada tiga huruf  (ب ر ر )

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil Erti No.Surah No.Ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Orang yang berbakti 3 193 رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
2 Untuk orang yang berbakti 3 198 نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ
3 Seorang yang berbakti 52 28 إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
4 Orang yang berbakti 76 5 إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
5 Orang yang berbakti 82 13 إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ
6 Orang yang berbakti 83 18 كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ
7 Orang yang berbakti 83 22 إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ
8 Yang berbakti 80 16 كِرَامٍ بَرَرَةٍ

 

Bilangan perkataan berbeza : 3
Jumlah perkataan keseluruhan : 8

 

5-

  أَبَارِيقُ

“ KENDI / CEREK”

Keterangan:

Abariqu ialah kata jamak daripada ibriq (إبريق) ertinya, cerekو yakni sebuah wadah yang bertutup  yang mempunyai tangkai (pemegang) dan bermuncung digunakan untuk diisikan air dan bahan cecair.

 

Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil. Erti No.Surah No.Ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Kendi / Cerek 56 18 بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِن مَعِينٍ

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 1

 

6-

أَبْرَصٌ

“ SEORANG BERPENYAKIT SOPAK”

 

Keterangan  :

Al-Abras ialah orang  yang terkena penyakit sopak iaitu warna putih yang terdapat pada kulitnya. Ia pernah dianggap sebagai petanda sial [al-Maraghi, 3:154]. Ibnu Manzur menjelaskan bahawa penyakit sopak ini berwarna putih yang ada pada jasad pesakit. Dikatakan بَرَصَ – بَرْصًا dan kata muannathnya ialah  بَرْصَاءٌ dan رَجُلٌ أَبْرَصٌ yakni seorang lelaki yang pada kulitnya terdapat tompok putih. Kata jamak bagi الأَبْرَصُ ialah بُرْصٌ. Antara mukjizat Nabi Isa AS ialah mengubati dan merawati penyakit ini [lihat : Ali ‘Imran : 49 dan al-Maidah: 110]

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ب ر ص)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil. Erti No.Surah No.Ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Seorang yang berpenyakit sopak 3 49 وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِي الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِ اللَّهِ
2 Seorang yang berpenyakit sopak 5 110 وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 2

 

7-

أَبَقَ

“LARI”

Keterangan  :

Kata ini dimuatkan sekali sahaja dan diabadikan oleh Allah SWT secara khusus mengenai kisah Nabi Yunus AS sebagai seorang Nabi yang lari ke kapal yang penuh dengan muatan. Al-Maraghi menjelaskan bahawa al-Ibqu (الإبــق ) makna asalnya ialah keupayaan melarikan diri yang dilakukan oleh seorang hamba sahaya dari tuannya.

Perkataan ini di dalam al-Quran lebih menjurus kepada perlakuan Nabi Yunus AS melarikan diri dari kampung halamannya tanpa izin Tuhannya, ertinya Nabi Yunus pergi meninggalkan kewajipan daripada Tuhannya. Menurut al-Sabuni, oleh sebab kapal penuh dengan muatan, maka diadakan undi. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan jumlah penumpang agar kapal tidak tenggelam. Lalu, Nabi Yunus AS termasuk orang yang ikut dalam undian itu. Baginda kalah dalam undian, lalu dilemparkan ke dalam laut.

 Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب ق)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil. Erti No.Surah No.Ayat Perkataan di dalam al-Quran
1 Dia melarikan diri 37 140 إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 1

 

8-

أَبَابِيلُ

“BERKELOMPOK”

Keterangan  :

Mujahid mengatakan bahawa Ababil ertinya beriring-iringan dan berkelompok. Ibnu al-Yazidi menjelaskan bahawa ababil ialah kumpulan yang terdiri secara terpisah-pisah. Orang Arab berkata:

جَاءَتِ الْخَيْلُ أَبَابِيلَ زُمَرًا مِن كُلِّ نَاحِيَةٍ

Ertinya:

Kuda itu telah datang secara berkelompok dari setiap penjuru.”

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب ل)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil Erti No.Surah No.Ayat Perkataan di dalam al-Qur’an
1 Yang banyak / berbondong-bondong 105 3 وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 1

 

9-

إِبِلٌ

“ UNTA”

 Keterangan:

 Al-Maraghi menjelaskan bahawa al-Ibil yang ertinya “unta-unta” adalah kata jamak. Manakala kata mufradnya ialah ba’ir ( بَعِيرٌ  ). Oleh itu, kata mufrad dan jamak tidak berasal daripada kata nama yang sama, sama seperti lafaz    نِسَاءٌ  dan  قَوْمٌ  .

Beliau juga menjelaskan bahawa unta ialah binatang yang bertubuh besar, berkekuatan besar serta memiliki ketahanan yang tinggi dalam menanggung lapar dan dahaga. Semua sifat ini tidak terdapat pada haiwan lain. Unta juga sangat tahan dalam melakukan kerja-kerja berat, berjalan di terik matahari tanpa henti dan mampu berjalan dalam jarak ribuan kilometer. Oleh sebab itu, unta ini digelarkan juga sebagai perahu padang pasir.

Selain ciri-ciri di atas, unta juga berwatak penurut, berbaik terhadap anak yang kecil mahupun yang dewasa dan ia tetap bersabar walaupun disakiti.

 Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب ل)

Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil. Erti No.Surah No.Ayat Lafaz di dalam al-Quran
1 Unta 6 144 وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ
2 Unta 88 17 أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

 

Bilangan perkataan berbeza : 1
Jumlah perkataan keseluruhan : 2

 

10-

ابْنٌ

“ ANAK LELAKI”

Keterangan:

Ibnun ialah anak lelaki. Manakala anak perempuan ialah ibnatun (ابْنَةٌ ).

Di dalam Mu’jam dijelaskan bahawa masyarakat Arab menggunakan kata ibnun sebagai timbangan (kuniyah) yang menunjukkan tetapnya dan disebabkan kebiasaannya yang dilakukan secara terus menerus (al-mulazamah). Misalnya:

  1. ابْنُ الطَّرِيقِ ditujukan kepada seorang yang biasa mencuri.
  2. ابْنُ أَكْرَبٍ ditujukan kepada seorang yang berani.
  3. ابْنُ السَّبِيلِ ditujukan kepada seorang yang biasa melakukan perjalanan jauh.

Kata jamaknya ialah أَبْنَاءٌ , manakala ابْنَةٌ ialah بَنَاتٌ.  Dinisbahkan juga kepadanya kata  بُنَيَّdan وَابْنَيَّ dan tasghirnya ialah بُنَيَّةٌ.

Adapun kata يَا بُنَيَّ (anakku) adalah bentuk tasghir yang bermaksud kecintaan (mahabbah). Al-Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz يَا بُنَيَّ (wahai anakku) tidak bermaksud hakikat tasghir iaitu unsur memperkecilkan atau meremehkan meskipun lafaznya menunjukkan sedemikian. Namun ia bermaksud tarfiq yakni melahirkan simpati dan rasa dekat, sebagaimana dikatakan kepada seorang lelaki أُخَيَّ (wahai saudaraku). [Tafsir al-Qurtubi, 7:14]. Contohnya, Luqman berkata kepada anaknya : يـَــبُنَيَّ لاَ تُشْرِكْ بِاللهِ , maksudnya: wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah.” [Luqman:13]. Kata بني itu bermaksud untuk menyelamatkan anaknya daripada terjerumus dalam kesyirikan.

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ب ن ي)

Pecahan dan Statistik Pengulangan

Bil Erti No.Surah No.Ayat Lafaz di dalam al-Quran
1 Anak-pinak kamu 2 49 يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ
2 Anak lelaki 2 87 وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ
3 Anak-anak mereka 2 146 الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ
4 Dan musafir 2 177 وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ
5 Dan musafir 2 215 قُلْ مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
6 Dan anak-pinak kami 2 246 وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا
7 Anak lelaki 2 253 وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ
8 Anak lelaki 3 45 إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
9 Anak-pinak kami 3 61 فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ
10 Dan anak-pinak kamu 3 61 فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ
11 Dan anak-pinak kamu 4 11 آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا
12 Anak-pinak kamu 4 23 وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ
13 Dan musafir 4 36 وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ
14 Anak lelaki 4 157 وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ
15 Anak lelaki 4 171 إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ
16 Anak lelaki 5 17 لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ
17 Anak lelaki 5 17 قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ
18 Anak-anak 5 18 وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ
19 Dua orang anak lelaki 5 27 وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا
20 Anak lelaki 5 46 وَقَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
21 Anak lelaki 5 72 لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ
22 Anak lelaki 5 75 مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ
23 Anak lelaki 5 78 لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ
24 Anak lelaki 5 110 إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَىٰ وَالِدَتِكَ
25 Anak lelaki 5 112 إِذْ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ
26 Anak lelaki 5 114 قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ
27 Anak lelaki 5 116 وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَٰهَيْنِ
28 Anak-pinak mereka 6 20 الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ
29 Anak-pinak mereka 7 127 قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ
30 Anak-pinak kamu 7 141 يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ
31 Wahai anak 7 150 قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي
32 Dan musafir 8 41 فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِالسَّبِيلِ
33 Dan anak-pinak kamu 9 24 قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا
34 (ialah) anak 9 30 وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ
35 (ialah) anak 9 30 وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ
36 Anak lelaki 9 31 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ
37 Dan musafir 9 60 وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ
38 (kepada) anaknya 11 42 وَنَادَىٰ نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا
39 Anakku 11 45 فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ابْنِي مِنْ أَهْلِي وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ
40 Anakmu 12 81 ارْجِعُوا إِلَىٰ أَبِيكُمْ فَقُولُوا يَا أَبَانَا إِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ
41 Anak-pinak kamu 14 6 يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ
42 Dan musafir 17 26 وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ
43 Anak lelaki 19 34 ذَٰلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ
44 Wahai anak ibuku 20 94 قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي
45 Dan anaknya 21 91 وَجَعَلْنَاهَا وَابْنَهَا آيَةً لِلْعَالَمِينَ
46 Anak lelaki 23 50 وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَىٰ رَبْوَةٍ
47 Anak-anak lelaki mereka 24 31 إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ
48 Anak-anak 24 31 أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ
49 Anak-pinak mereka 28 4 يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ
50 Dan musafir 30 38 فَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ
51 Kepada anaknya 31 13 وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ
52 Anak-pinak kamu 33 4 وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ذَٰلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ
53 Anak lelaki 33 7 وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ مِيثَاقَهُمْ وَمِنْكَ وَمِنْ نُوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ
54 Anak-anak lelaki mereka 33 55 لَا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلَا أَبْنَائِهِنَّ وَلَا إِخْوَانِهِنَّ
55 Anak-anak lelaki 33 55 لَا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلَا أَبْنَائِهِنَّ وَلَا إِخْوَانِهِنَّ وَلَا أَبْنَاءِ إِخْوَانِهِنَّ
56 Anak-anak lelaki 33 55 وَلَا أَبْنَاءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلَا نِسَائِهِنَّ
57 Anak-anak itu 40 25 قَالُوا اقْتُلُوا أَبْنَاءَ الَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ وَاسْتَحْيُوا نِسَاءَهُمْ
58 Anak lelaki 43 57 وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ
59 Anak lelaki 57 27 وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ
60 Anak-pinak mereka 58 22 يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ
61 Dan musafir 59 7 فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
62 Anak lelaki 61 6 وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ
63 Anak lelaki 61 14 كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ
64 Kedua anak perempuanku 28 27 قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ
65 Anak perempuan 66 12 وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا
66 Anak-anak perempuan kamu 4 23 حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ
67 Dan anak-anak perempuan 4 23 وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ
68 Dan anak-anak perempuan 4 23 وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ
69 Dan anak-anak perempuan 6 100 وَخَرَقُوا لَهُ بَنِينَ وَبَنَاتٍ بِغَيْرِ عِلْمٍ
70 (ialah) anak-anak perempuanku 11 78 يَا قَوْمِ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ
71 Anak-anak perempuanmu 11 79 قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ
72 (ialah) anak-anak perempuan ku 15 71 قَالَ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ
73 Anak-anak perempuan 16 57 وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ وَلَهُمْ مَا يَشْتَهُونَ
74 Dan anak-anak perempuan 33 50 وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ
75 Dan anak-anak perempuan 33 50 وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ
76 Dan anak-anak perempuan 33 50 وَبَنَاتِ خَالِكَ
77 Dan anak-anak perempuan 33 50 وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ
78 Dan anak-anak perempuanmu 33 59 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ
79 Anak-anak perempuan 37 149 فَاسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ الْبَنَاتُ وَلَهُمُ الْبَنُونَ
80 Anak-anak perempuan 37 153 أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ
81 Anak-anak perempuan 43 16 أَمِ اتَّخَذَ مِمَّا يَخْلُقُ بَنَاتٍ وَأَصْفَاكُمْ بِالْبَنِينَ
82 Anak-anak perempuan 52 39 أَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ
83 Wahai anak-pinak 2 40 يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ
84 Wahai anak-pinak 2 47 يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ
85 Anak-pinak 2 83 وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ
86 Wahai anak-pinak 2 122 يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ
87 Anak-anaknya 2 132 وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ
88 Wahai anak-anakku 2 132 يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ
89 Kepada anak-anaknya 2 133 إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي
90 Anak-pinak 2 211 سَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَمْ آتَيْنَاهُمْ مِنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ
91 Anak-pinak 2 246 أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَىٰ
92 Dan anak-pinak 3 14 زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ
93 Anak-pinak 3 49 وَرَسُولًا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
94 Anak-pinak 3 93 كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
95 Anak-pinak 5 12 وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا
96 Anak-pinak 5 32 مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ
97 Anak-pinak 5 70 لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلًا
98 Wahai anak-pinak 5 72 وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ
99 Anak-pinak 5 78 لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ
100 Anak-pinak 5 110 وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنْكَ إِذْ جِئْتَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
101 Anak-anak lelaki 6 100 وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ الْجِنَّ وَخَلَقَهُمْ وَخَرَقُوا لَهُ بَنِينَ وَبَنَاتٍ بِغَيْرِ عِلْمٍ
102 Wahai anak-pinak 7 26 يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا
103 Wahai anak-pinak 7 27 يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ
104 Wahai anak-pinak 7 31 يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
105 Wahai Anak-pinak 7 35 يَا بَنِي آدَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي
106 Anak-pinak 7 105 قَدْ جِئْتُكُمْ بِبَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَرْسِلْ مَعِيَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
107 Anak-pinak 7 134 لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
108 Anak-pinak 7 137 وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ الْحُسْنَىٰ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا
109 (bersama) Anak-pinak 7 138 وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ
110 Anak-pinak 7 172 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
111 (bersama) Anak-pinak 10 90 وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ
112 Anak-pinak 10 90 قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ
113 Anak-pinak 10 93 وَلَقَدْ بَوَّأْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ مُبَوَّأَ صِدْقٍ
114 Wahai anakku 11 42 يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا وَلَا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ
115 Wahai anak kesayanganku 12 5 قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا
116 Anak-anakku 12 67 وَقَالَ يَا بَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ
117 Anak-anakku 12 87 يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ
118 Anak-pinakku 14 35 رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
119 Anak-anak lelaki 16 72 وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً
120 Untuk anak-pinak 17 2 وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
121 Anak-pinak 17 4 وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ
122 Anak-pinak 17 6 وَأَمْدَدْنَاكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا
123 Anak-pinak 17 40 أَفَأَصْفَاكُمْ رَبُّكُمْ بِالْبَنِينَ وَاتَّخَذَ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِنَاثًا
124 Anak-pinak 17 70 وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ
125 Anak-pinak 17 101 وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَىٰ تِسْعَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ
126 Untuk Anak-pinak 17 104 وَقُلْنَا مِنْ بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ اسْكُنُوا الْأَرْضَ
127 Anak-pinak 18 46 الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
128 Anak-pinak 20 47 فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا تُعَذِّبْهُمْ
129 Wahai anak-pinak 20 80 يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ قَدْ أَنْجَيْنَاكُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ
130 Anak-pinak 20 94 إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
131 Anak-pinak 23 55 أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ
132 Anak-pinak 24 31 أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ
133 Anak-anak lelaki 24 31 أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ
134 Anak-pinak 26 17 أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ
135 Anak-pinak 26 22 وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدْتَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
136 Anak-pinak 26 59 كَذَٰلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ
137 Anak-pinak 26 88 يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
138 Anak-pinak 26 133 أَمَدَّكُمْ بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ
139 Anak-pinak 26 197 أَوَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ آيَةً أَنْ يَعْلَمَهُ عُلَمَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ
140 Anak-pinak 27 76 إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَقُصُّ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
141 Wahai anak kesayanganku 31 13 وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ
142 Wahai anak kesayanganku 31 16 يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ
143 Wahai anak kesayanganku 31 17 يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ
144 Untuk anak-pinak 32 23 فَلَا تَكُنْ فِي مِرْيَةٍ مِنْ لِقَائِهِ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
145 Wahai anak-pinak 36 60 أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ
146 Wahai anak kesayanganku 37 102 يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ
147 Anak-anak lelaki 37 149 فَاسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ الْبَنَاتُ وَلَهُمُ الْبَنُونَ
148 Anak-anak lelaki 37 153 أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ
149 Anak-pinak 40 53 وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْهُدَىٰ وَأَوْرَثْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ
150 Anak-anak lelaki 43 16 أَمِ اتَّخَذَ مِمَّا يَخْلُقُ بَنَاتٍ وَأَصْفَاكُمْ بِالْبَنِينَ
151 Untuk anak-pinak 43 59 إِنْ هُوَ إِلَّا عَبْدٌ أَنْعَمْنَا عَلَيْهِ وَجَعَلْنَاهُ مَثَلًا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
152 Anak-pinak 44 30 وَلَقَدْ نَجَّيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنَ الْعَذَابِ الْمُهِينِ
153 Anak-pinak 45 16 وَلَقَدْ آتَيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ
154 Anak-pinak 46 10 وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ مِثْلِهِ
155 Anak-anak lelaki 52 39 أَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ
156 Wahai anak-pinak 61 6 يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ
157 Anak-pinak 61 14 فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ
158 Anak-pinak 68 14 أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ
159 Anak-anaknya 70 11 يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ
160 Anak pinak 71 12 وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ
161 Anak-pinak 74 13 وَبَنِينَ شُهُودًا
162 Anak-anaknya 80 36 وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ

 

Bilangan perkataan berbeza : 21
Jumlah perkataan keseluruhan : 162

 

11-

أَبٌ

“BAPA”

Keterangan  :

Menurut al-Raghib, perkataan al-Abu bermaksud al-walid (  الْوَالِدُ), yakni bapa dan segala sesuatu yang menjadi sebab adanya sesuatu atau yang memeliharanya atau menanggung bebannya. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW ialah bapa kepada sekalian mukminin. Kata jamaknya ialahءَابَاءٌ  .

Al-Quran juga menggunakan perkataan abati (أَبَتِ) yang bermaksud bapaku. Ar-Razi berkata, abati sebagaimana perkataan mereka berasal daripada perkataan ubuwwah (أبوة  ) seperti kata-kata Khu’ulah (خؤولة ) dan ‘Umumah (عمومة). Kata-kata mereka     يا أبت افعل    (Ya abatif’al) dengan ta’ ta’nith sebagai ganti daripada ya’ idhafah lalu diucapkan ya abati [Lihat surah Maryam: 42-44 dan surah al-Saffat: 102]

 Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب و)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil. Erti No.Surah No.Ayat Lafaz di dalam al-Quran
1 Nenek moyangmu 2 133 قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
2 Nenek moyang kami 2 170 قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا
3 Nenek moyang mereka 2 170 أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ
4 Nenek moyang kamu 2 200 فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا
5 Bapa-bapa kamu 4 11 آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا
6 Bapa-bapa kamu 4 22 وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ
7 Nenek moyang kami 5 104 قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا
8 Nenek moyang mereka 5 104 أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ
9 Bapa-bapa mereka 6 87 وَمِنْ آبَائِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَإِخْوَانِهِمْ وَاجْتَبَيْنَاهُمْ
10 Nenek moyang kamu 6 91 وَعُلِّمْتُمْ مَا لَمْ تَعْلَمُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ
11 Nenek moyang kami 6 148 سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلَا آبَاؤُنَا
12 Nenek moyang kami 7 28 وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا
13 Nenek moyang kami 7 70 أَجِئْتَنَا لِنَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ وَنَذَرَ مَا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
14 Dan nenek moyang kamu 7 71 أَتُجَادِلُونَنِي فِي أَسْمَاءٍ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ
15 Nenek moyang kami 7 95 حَتَّىٰ عَفَوْا وَقَالُوا قَدْ مَسَّ آبَاءَنَا الضَّرَّاءُ وَالسَّرَّاءُ
16 Nenek moyang kami 7 173 أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ
17 Bapa-bapa kamu 9 23 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ
18 Bapa-bapa kamu 9 24 قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ
19 Nenek moyang kami 10 78 قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا
20 Nenek moyang kami 11 62 أَتَنْهَانَا أَنْ نَعْبُدَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
21 Nenek moyang kami 11 87 أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَنْ نَتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
22 Nenek moyang mereka 11 109 مَا يَعْبُدُونَ إِلَّا كَمَا يَعْبُدُ آبَاؤُهُمْ مِنْ قَبْلُ
23 Nenek moyangku 12 38 وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ
24 Nenek moyang kamu 12 40 مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ
25 Bapa-bapa mereka 13 23 جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
26 Nenek moyang kami 14 10 تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
27 Nenek moyang kami 16 35 مَا عَبَدْنَا مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ نَحْنُ وَلَا آبَاؤُنَا
28 Untuk Nenek moyang kami 18 5 مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ
29 Bapa-bapa mereka 21 44 بَلْ مَتَّعْنَا هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ طَالَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ
30 Nenek moyang kami 21 53 قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءَنَا لَهَا عَابِدِينَ
31 Dan nenek moyang kamu 21 54 قَالَ لَقَدْ كُنْتُمْ أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
32 Nenek moyang kami 23 24 وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً مَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ
33 Nenek moyang mereka 23 68 أَمْ جَاءَهُمْ مَا لَمْ يَأْتِ آبَاءَهُمُ الْأَوَّلِينَ
34 Dan nenek moyang kami 23 83 لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا هَٰذَا مِنْ قَبْلُ
35 Bapa-bapa mereka (f) 24 31 وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ
36 Bapa-bapa 24 31 وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ
37 Bapa-bapa kamu 24 61 وَلَا عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَنْ تَأْكُلُوا مِنْ بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ
38 Dan nenek moyang kamu 25 18 وَلَٰكِنْ مَتَّعْتَهُمْ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ نَسُوا الذِّكْرَ
39 Nenek moyang kamu 26 26 قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ
40 Nenek moyang kami 26 74 بَلْ وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
41 Dan nenek moyang kamu 26 76 أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ
42 Dan nenek moyang kami 27 67 أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا وَآبَاؤُنَا أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ
43 Dan nenek moyang kami 27 68 لَقَدْ وُعِدْنَا هَٰذَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ
44 nenek moyang kami 28 36 مَا هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُفْتَرًى وَمَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ
45 Nenek moyang kami 31 21 قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا
46 Kepada bapa-bapa mereka 33 5 ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ
47 Bapa-bapa mereka 33 5 فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ
48 Bapa-bapa mereka 33 55 لَا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلَا أَبْنَائِهِنَّ
49 Nenek moyang kamu 34 43 إِلَّا رَجُلٌ يُرِيدُ أَنْ يَصُدَّكُمْ عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُكُمْ
50 Nenek moyang mereka 36 6 لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ
51 Bapa-bapa kami 37 17 أَوَ آبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
52 Bapa-bapa mereka 37 69 إِنَّهُمْ أَلْفَوْا آبَاءَهُمْ ضَالِّينَ
53 Nenek  moyang kami 37 126 اللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ
54 Bapa-bapa mereka 40 8 وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
55 Nenek moyang kami 43 22 إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ
56 Nenek moyang kami 43 23 إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ
57 Nenek moyang kamu 43 24 أَوَلَوْ جِئْتُكُمْ بِأَهْدَىٰ مِمَّا وَجَدْتُمْ عَلَيْهِ آبَاءَكُمْ
58 Dan nenek moyang mereka 43 29 بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ
59 Bapa-bapa kamu 44 8 لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ
60 Nenek moyang kami 44 36 فَأْتُوا بِآبَائِنَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
61 Nenek moyang kami 45 25 مَا كَانَ حُجَّتَهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا ائْتُوا بِآبَائِنَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
62 Dan nenek moyang kamu 53 23 إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ
63 Atau bapa-bapa kami 56 48 أَوَ آبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
64 Bapa-bapa mereka 58 22 يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ
65 Kepada bapanya 6 74 وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آلِهَةً
66 Kepada bapanya 9 114 وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلَّا عَنْ مَوْعِدَةٍ
67 Kepada bapanya 12 4 إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ
68 Wahai bapaku 12 4 إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا
69 Bapa kami 12 8 إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا
70 Bapa kami 12 8 وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
71 Bapa kamu 12 9 اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ
72 Wahai bapa kami 12 11 قَالُوا يَا أَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأْمَنَّا عَلَىٰ يُوسُفَ
73 Bapa mereka 12 16 وَجَاءُوا أَبَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ
74 Wahai bapa kami 12 17 قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ
75 Bapa kamu 12 59 وَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ قَالَ ائْتُونِي بِأَخٍ لَكُمْ مِنْ أَبِيكُمْ
76 Bapanya 12 61 قَالُوا سَنُرَاوِدُ عَنْهُ أَبَاهُ وَإِنَّا لَفَاعِلُونَ
77 Bapa mereka 12 63 فَلَمَّا رَجَعُوا إِلَىٰ أَبِيهِمْ قَالُوا يَا أَبَانَا مُنِعَ مِنَّا الْكَيْلُ
78 Wahai bapa kami 12 63 قَالُوا يَا أَبَانَا مُنِعَ مِنَّا الْكَيْلُ فَأَرْسِلْ مَعَنَا أَخَانَا
79 Wahai bapa kami 12 65 قَالُوا يَا أَبَانَا مَا نَبْغِي هَٰذِهِ بِضَاعَتُنَا رُدَّتْ إِلَيْنَا
80 Bapa mereka 12 68 وَلَمَّا دَخَلُوا مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُمْ مَا كَانَ يُغْنِي عَنْهُمْ
81 Seorang bapa 12 78 قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ إِنَّ لَهُ أَبًا شَيْخًا كَبِيرًا
82 Bapa kamu 12 80 قَالَ كَبِيرُهُمْ أَلَمْ تَعْلَمُوا أَنَّ أَبَاكُمْ قَدْ أَخَذَ عَلَيْكُمْ مَوْثِقًا مِنَ اللَّهِ
83 Bapaku 12 80 فَلَنْ أَبْرَحَ الْأَرْضَ حَتَّىٰ يَأْذَنَ لِي أَبِي أَوْ يَحْكُمَ اللَّهُ لِي
84 Bapa kamu 12 81 ارْجِعُوا إِلَىٰ أَبِيكُمْ فَقُولُوا يَا أَبَانَا إِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ
85 Wahai bapa kami 12 81 فَقُولُوا يَا أَبَانَا إِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ وَمَا شَهِدْنَا إِلَّا بِمَا عَلِمْنَا
86 bapaku 12 93 اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي
87 Bapa mereka 12 94 وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ قَالَ أَبُوهُمْ إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ
88 Wahai bapa kami 12 97 قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ
89 Wahai bapaku 12 100 وَقَالَ يَا أَبَتِ هَٰذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِنْ قَبْلُ
90 Bapa kedua-duanya 18 82 وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا
91 Bapamu (f) 19 28 يَا أُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ
92 Kepada bapanya 19 42 إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ
93 Wahai bapaku 19 42 إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ
94 Wahai bapaku 19 43 يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي
95 Wahai bapaku 19 44 يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا
96 Wahai bapaku 19 45 يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ
97 Kepada bapanya 21 52 إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَٰذِهِ التَّمَاثِيلُ
98 Bapa kamu 22 78 مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ
99 Kepada bapanya 26 70 إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا تَعْبُدُونَ
100 Kepada bapaku 26 86 وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ
101 Dan bapa kami 28 23 قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
102 bapaku 28 25 قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا
103 Wahai bapaku 28 26 قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ
104 Bapa kepada 33 40 مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ
105 Kepada bapanya 37 85 إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَاذَا تَعْبُدُونَ
106 Wahai bapaku 37 102 قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
107 Kepada bapanya 43 26 وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ
108 Kepada bapanya 60 4 إِلَّا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ
109 Bapanya 80 35 وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ
110 Abu (bapa) 111 1 تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
111 Untuk kedua ibu bapanya 4 11 وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ
112 Kedua ibu bapanya 4 11 فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ
113 Kedua ibu bapa kamu 7 27 يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ
114 Dua nenek moyangmu 12 6 كَمَا أَتَمَّهَا عَلَىٰ أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ
115 Kedua ibu bapanya 12 99 فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ
116 Kedua ibu bapanya 12 100 وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا
117 Kedua ibu bapanya 18 80 وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا

 

Bilangan perkataan berbeza : 45
Jumlah perkataan keseluruhan : 117

 

12-

أَبَى

“ENGGAN”

Pengertian  :

Al-iba’ ( الإِبَاءُ ) bermaksud “kerasnya penolakan” ( – شِدَّةُ الاِمْتِنَاعِ syiddatul imtina’). Maka setiap iba’ ialah menolak (imtina’) dan tidak semestinya setiap imtina’ itu iba’. Al-Razi menjelaskan bahawa al-iibaa’الاِيبَاءُ  (dengan berbaris kasrah dan dipanjangkan bacaannya) adalah masdar (kata terbitan) daripada أَبَى – يَأْبَي yang bererti yang bererti imtina’ (menghalangi dan merintangi).

Kata abaa ditujukan kepada semua makhluk sama ada kepada golongan jin (termasuk Iblis dan syaitan) dan manusia, kecuali para malaikat kerana mereka tidak pernah mendurhakai Allah. Kebiasaannya lafaz aba ditujukan kepada golongan yang fasik.

 

Kata Dasar dan Turutannya :

Kata dasar daripada tiga huruf : (ء ب ي)

 Pecahan dan Statistik Pengulangan:

Bil. Erti No.Surah No.Ayat Lafaz di dalam al-Quran
1 Dan menolak 2 34 فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
2 Enggan 2 282 وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ
3 Enggan 2 282 وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا
4 Dan enggan (f) 9 8 يُرْضُونَكُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَىٰ قُلُوبُهُمْ وَأَكْثَرُهُمْ فَاسِقُونَ
5 Dan menolak 9 32 وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
6 Enggan 15 31 إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ أَنْ يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ
7 Maka tidak mahu 17 89 فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا
8 Maka tidak mahu 17 99 وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلًا لَا رَيْبَ فِيهِ فَأَبَى الظَّالِمُونَ إِلَّا كُفُورًا
9 tetapi mereka enggan 18 77 حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا
10 Dan enggan 20 56 وَلَقَدْ أَرَيْنَاهُ آيَاتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبَىٰ
11 Dia enggan 20 116 وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ
12 Tetapi menolak 25 50 وَلَقَدْ صَرَّفْنَاهُ بَيْنَهُمْ لِيَذَّكَّرُوا فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا
13 Tetapi mereka enggan 33 72 إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ

Bilangan perkataan berbeza :8

Jumlah perkataan keseluruhan :13

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20