BAB 3 : PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN DAN DITEGAH

Bab 3 : Perkara yang diharamkan dan ditegah

LARANGAN-LARANGAN YANG BERKAITAN DENGAN AKIDAH

1. Larangan Membuat Patung, Tenung Nasib, Menyembah Berhala Dan Sesuatu Selain Daripada Allah

  • Al-Baqarah (2) :
  • Ayat 165
165. (Walaupun demikian), terdapat juga antara manusia yang mengambil selain daripada Allah sebagai sekutu-sekutu (bagi Allah). Mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Sekiranya orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

 

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًۭا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِ ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّۭا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًۭا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ ۝١٦٥

 

165. And among men there are some who take for themselves objects of worship other than Allah. They love them as they love Allah. But those who believe love Allah the most. And if those who do wrong could see, when they will see the torment, that all power belongs to Allah, and that Allah is severe in punishment.

 

  • Ali-‘Imran (3) :
  • Ayat 64
64. Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai Ahli Kitab (orang Yahudi dan Nasrani), marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu jua pun, jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain sebagai tuhan (untuk dipuja dan didewa-dewakan) selain daripada Allah”. Kemudian, jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka, “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam (yang berserah diri sepenuhnya).”

 

قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ تَعَالَوْا۟ إِلَىٰ كَلِمَةٍۢ سَوَآءٍۭ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِۦ شَيْـًۭٔا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًۭا مِّن دُونِ ٱللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُولُوا۟ ٱشْهَدُوا۟ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ ۝٦٤

64. Say: “O people of the Book! Come to a saying, the same for us and for you:—that we worship none but Allah, and that we associate none with Him, and that some of us take not others as lords besides Allah.” But if they turn back, then say (you Muslims!): “Bear witness that we are Muslims (bowing to Allah’s Will).”

 

  • Al-Maidah (5) :
  • Ayat 3
3. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semua anggota tubuhnya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi, yang mati kerana ditanduk, yangmati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala. (Diharamkan juga) kamu mengundi nasib dengan batangbatang anak panah. Demikian itu adalah perbuatan fasiq. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (untuk memesongkan kamu) daripada agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan niʻmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. Maka sesiapa yang terpaksa (memakan benda-benda yang diharamkan) kerana kelaparan tanpa cenderung untuk melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

 

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحْمُ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلْمُنْخَنِقَةُ وَٱلْمَوْقُوذَةُ وَٱلْمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا۟ بِٱلْأَزْلَٰمِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِ ۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ۝٣

3. Forbidden to you is (the eating) of the dead meat, and the blood, and the flesh of swine, and whatever has been slaughtered in other than the Name of Allah, and what has been strangled, or stunned to death, or killed by falling, or gored to death, or what has been eaten by wild animals except what you have purified (by slaughtering in the regular way), and what has been sacrificed to the idols, or that which you divide it by means of drawing arrows; all this is impious. This day, the unbelievers have despaired of your religion, then fear them not, but fear Me. This day, have I perfected for you your religion, and completed My Blessing upon you, and have chosen for you al-Islam as a religion; but, whoever is forced by hunger without any inclination to sin, surely, in that case, Allah is Often Forgiving, Most-Merciful.

 

  • Ayat 76
76. Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain daripada Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaʻat? Allahlah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّۭا وَلَا نَفْعًۭا ۚ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ ۝٧٦

76. Say: “Do you worship, besides Allah, what has no power to do you harm, or to do you good? And Allah! He is the All-Hearing, the All-Knowing.”

 

  • Ayat 90
90. Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَٰمُ رِجْسٌۭ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ۝٩٠

90. O you who believe! intoxicants, and gambling, and (sacrificing to) stones set up for idols, and the drawings of lots by arrows are only the abomination of Satan’s handiwork. Therefore avoid these that you may be successful.

 

  • Al-An’am (6) :
  • Ayat 40
40. Katakanlah (wahai Muhammad): “Terangkanlah kepadaku, jika dating kepada kamu azab Allah atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru selain daripada Allah (untuk menolong kamu) jika kamu orang yang benar?”

 

قُلْ أَرَءَيْتَكُمْ إِنْ أَتَىٰكُمْ عَذَابُ ٱللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ ٱلسَّاعَةُ أَغَيْرَ ٱللَّهِ تَدْعُونَ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ ۝٤٠

40. Say: “Do you see that if the punishment from Allah were to overtake you, or the Hour were to overtake you, will you then call upon other than Allah, if you are truthful?”

 

  • Ayat 56
56. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan-sembahan kamu selain daripada Allah.” Katakanlah lagi: “Aku tidak akan mengikut hawa nafsu kamu, kerana (kalau aku mengikutnya) sesungguhnya sesatlah aku, dan bukanlah aku dalam golongan orang yang mendapat hidayah.”

قُلْ إِنِّى نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ ٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ ۚ قُل لَّآ أَتَّبِعُ أَهْوَآءَكُمْ ۙ قَدْ ضَلَلْتُ إِذًۭا وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ ۝٥٦

56. Say: “Surely, I am forbidden to worship those whom you call upon besides Allah.” Say: “I follow not your vain desires, if I did so, I would surely stray and I would not be of those who are guided.”

 

  • Ayat 71
71. Katakanlah: “Patutkah kita menyeru dan menyembah yang lain daripada Allah, sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita dan tidak mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah oleh Allah (dengan menganut agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedangkan dia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (yang berkata kepadanya), “Marilah bersama-sama kami.” Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan semesta alam;”

 

قُلْ أَنَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰٓ أَعْقَابِنَا بَعْدَ إِذْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ كَٱلَّذِى ٱسْتَهْوَتْهُ ٱلشَّيَٰطِينُ فِى ٱلْأَرْضِ حَيْرَانَ لَهُۥٓ أَصْحَٰبٌۭ يَدْعُونَهُۥٓ إِلَى ٱلْهُدَى ٱئْتِنَا ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰ ۖ وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ۝٧١

71. Say: “Shall we call upon that, besides Allah, which does us no good and does us no harm, and shall we go back upon our heels, after Allah has guided us? Like one whom the Evil Ones have caused to be lost in the earth and who is utterly confused, (while) his friends are calling him to the guidance, (saying), ‘Come to us.’” Say: “Surely, the guidance of Allah, that is the guidance, and we are commanded to submit to the Lord of the worlds.”

 

  • Ayat 74
74. (Ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”

 

۞ وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا ءَالِهَةً ۖ إِنِّىٓ أَرَىٰكَ وَقَوْمَكَ فِى ضَلَٰلٍۢ مُّبِينٍۢ ۝٧٤

74. And when Ibrāhīm said to his father Āzar: “Do you take the idols for gods? Surely, I see you and your people in a clear error.”

 

  • Al-A’raf (7) :
  • Ayat 37
37. Maka, tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayat-Nya. Orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) daripada apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, malaikat itu bertanya (kepada mereka), Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab, Semuanya itu telah hilang lenyap dari pada kami, dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang yang ingkar.

 

37. Then who is more unjust than he who forges a lie against Allah, or rejects His Signs? These are the people who will receive their appointed portion of the Book (of decrees); until when Our messengers (of death) come to them to take their souls, they will say: “Where is that which you used to call upon besides Allah?” They will reply: “They have gone away from us.” And they will bear witness against themselves that they were disbelievers.

 

  • Ayat 138-139
138. Dan Kami bawakan Bani Israʼel ke seberang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhala mereka. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israʼel) berkata, Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab, Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil (tentang sifat-sifat Tuhan).

139. Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah berhala itu) akan dihancurkan anutan mereka (perbuatan syirik) dan akan terbatal apa yang mereka kerjakan itu.

138. And We made the children of Israel to cross the sea, and they came upon a people who were worshipping idols. They said: “O Mūsā! Make for us a god, like the gods they have.” He said: “Surely you are a people who choose ignorance.

139. Surely these people will be destroyed, and vain shall be all that they do.”

 

  • Ayat 148-152
148. Sesudah keberangkatan Nabi Musa (ke Gunung Tursina), kaum Nabi Musa membuat daripada barang-barang perhiasan mereka, patung anak lembu yang bertubuh dan bersuara (yang didengari). (Allah berfirman): Apakah mereka tidak memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah), dan sememangnya mereka adalah orang yang melakukan kezaliman.

149. Setelah mereka menyesali (perbuatan mereka) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, mereka pun berkata, Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampuni kami, pastilah kami menjadi orang yang rugi.

150. Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan amat marah dan dukacita, dia berkata, Alangkah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?” Dan dia membaling lawh-lawh (yang mengandungi tulisan Tawrat) itu, lalu memegang (rambut) kepala saudaranya, (Nabi Harun) sambil menariknya ke arahnya. Harun berkata, Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israʼel) telah menganggapku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka). Oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihatku (lantaran tempelakmu terhadapku) dan janganlah engkau masukkan aku ke dalam golongan orang yang zalim.

151. Nabi Musa berdoa dengan berkata, Wahai Tuhanku, ampunilah daku dan saudaraku, serta masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu. Engkaulah sahaja Yang Maha Penyayang daripada segala penyayang.

152. Sesungguhnya orang yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan daripada Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Demikianlah kamimembalas orang yangmengada-adakan kebohongan.

148. And the people of Mūsā took (to themselves) in his absence a calf made of their ornaments—a body with a bellowing sound. Did they not see that it surely could not speak to them, nor guide them (to the right) way? They took it (for worship) and they were wrong-doers.

149. And when they regretted and saw that they had surely gone astray, they said: “Unless our Lord have mercy on us and forgive us, we would surely be of the losers.”

150. And when Mūsā returned to his people full of anger and grief, he said: “Evil is the way you have acted during my absence. Did you wish to hasten on the judgment of your Lord?” And he threw down the Tablets, and caught hold of the head of his brother pulling him to himself. He (Hārūn) said: “O Son of my mother! Surely the people sought to make me weak and they were near to killing me; so let not the enemies rejoice, and count me not with the wrong-doing people.”

151. He said: “My Lord! Forgive me and my brother, and cause us to enter Your Mercy, for You are the Most Merciful of those who show mercy.”

152. Surely those who took the calf (for worship), wrath from their Lord and disgrace will come upon them in the life of this world. And thus do We requite those who invent lies.

 

  • Ayat 194-198
194. Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu seru (dan sembah) selain Allah itu adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, serulah berhala-berhala itu, lalu biarkanlah mereka memperkenankan permohonan kamu jika kamu sememangnya orang yang benar.

195. Apakah berhala-berhala (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad), “Panggillah berhala-berhala yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku tanpa bertangguh lagi.

196. Sesungguhnya pelindungku ialah (Allah) Yang telah menurunkan kitab (al-Qurʼan) dan Dialah jua yang menolong dan memelihara orang yang salih.

197. Berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

198. Dan jika kamu menyeru berhala-berhala (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya. Engkau nampak berhala-berhala itu seolah-olah memandang kepadamu padahal mereka tidak melihat.

194. Surely those whom you call upon besides Allah are servants like yourselves; so call upon them, and let them answer you, if you are truthful!

195. Have they feet with which they walk? Or have they hands with which they hold? Or have they eyes with which they see? Or have they ears with which they hear? Say: “Call upon your partners, and then plot against me, and give me no respite!

196. Surely my Protector is Allah Who revealed this Book, and He protects the righteous.

197. And those whom you call upon besides Him, are unable to help you, nor are they able to help themselves.”

198. And if you call them to guidance, they hear not. And you see them staring at you, but they see not.

 

 

  • Yunus (10) :
  • Ayat 18
18. Mereka menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka serta mereka pula berkata, “Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaʻat kepada kami di sisi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahui-Nya sama ada di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan.”

 

18. And they worship besides Allah what does them no harm, nor does them any good, and they say: “These are our intercessors with Allah.” Say: “Do you inform Allah of what He knows not in the heavens or on the earth?” Glory be to Him, and far above is He from what they associate.

 

  • Ayat 66
66. Ingatlah! Sesungguhnya Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Orang yang menyembah sesuatu selain Allah sebagai sekutu-Nya tidaklah mengikuti. Mereka tidak mengikuti (sesuatu keyakinan) melainkan hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang yang sentiasa menduga-duga.

 

66. Surely to Allah belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And they who call upon associates besides Allah, do not (really) follow (them). They follow nothing but their fancies, and they do nothing but lie.

 

  • Ayat 104
104. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu masih ragu-ragu tentang kebenaran agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu sembah selain Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya termasuk dalam golongan yang beriman.

 

104. Say: “O you men! If you are in doubt of my faith, then I worship not those whom you worship besides Allah, but I worship Allah Who will cause you to die, and I am commanded to be of the believers.”

 

  • Ayat 106
106. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa (menyembah atau memuja) kepada selain Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaʻat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan sedemikian, kalau begitu jadilah engkau daripada orang yang zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

 

106. And call not besides Allah upon that which neither profits you, nor hurts you, because if you do that, then in that case you shall be of the wrong-doers.

 

  • Hud (11) :
  • Ayat 101
101.Kami tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun pada masa datangnya azab Tuhanmu dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian kepada mereka.

 

101. And We did not wrong them, but they wronged themselves; and their gods on whom they called upon besides Allah were of no avail whatsoever to them when the Command of your Lord came (upon them); nor did they increase them in anything except destruction.

 

  • Yusuf (12) :
  • Ayat 39-40
39. “Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, adakah memuja dan menyembah Tuhan yang berbilang-bilang itu lebih baik daripada menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Berkuasa?

40. Apa yang kamu sembah, yang lain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu menamakannya. Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum itu hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

39. O my two companions of the prison, are many different lords better; or Allah, the One, the Dominant?

40. You worship not besides Him but names which you and your fathers have named; no authority has Allah sent down for them. Judgment belongs to Allah alone. He has commanded that you worship none but Him alone. This is the right religion, but most men know (it) not.

 

  • Ar-Ra’d (13) :
  • Ayat 14-16
14. Hanya bagi Allah (mengabulkan) doa yang benar. Berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah, tidak akan dapat memperkenankan sesuatu pun kepada mereka, melainkan bagaikan orang yang membentangkan kedua tapak tangannya ke dalam air supaya sampai kemulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai ke mulutnya. Doa permohonan (dan ibadah) orang kafir itu hanya sia-sia belaka (tiada ertinya).

15. Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sujud (tunduk dan menurut perintah-Nya), sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa. (Demikian juga) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

16. Tanyalah (wahai Muhammad kepada kaummu): Siapakah Tuhan langit dan bumi?” Jawablah: Allah. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu mengambil pelindung-pelindung selain Allah, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi, Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaan-Nya, sehingga ciptaanciptaan itu serupa menurut pandangan mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa.

14.To call (and implore) Him is the real prayer. And those whom they call upon besides Him cannot respond to them in any manner whatsoever. (It is) nothing but like one who stretches forth his two hands towards water that it may reach his mouth, but it cannot reach it. And the prayer of the unbeliever is nothing but an error.

15.And to Allah prostrate whoever is in the heavens and the earth, willingly or unwillingly, and (so do) their shadows in the morning and evenings.

16.Say: “Who is the Lord of the heavens and the earth?” Say: “It is Allah.” Say: “Do you then take protectors besides Him who are not masters for themselves of either good or of harm?” Say: “Is the blind and the seeing equal? Or is the shades of darkness and the light equal? Or have they assigned to Allah partners who created the like of His creation; so that the creation appeared similar in their eyes?” Say: “Allah is the Creator of all things, and He is the One, the All-Dominant.”

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20