PERKARA-PERKARA BERKAITAN KEIMANAN DAN AMALAN DUNIAWI
34. Melakukan Perkara Yang Sia-Sia
- Al-Mukminun (23) :
- Ayat 1-3
|
1. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. 2. Iaitu mereka yang khusyuʼ dalam solatnya; 3. Dan mereka menjauhkan diri daripada segala perkara yang sia-sia; |
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَٰشِعُونَ ٢ وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ٣ |
|
1. Surely, successful are the believers: 2. Those who humble themselves in their prayers; 3. And those who avoid vain talk; |
- Al-Furqan (25) :
- Ayat 72
|
72. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu (dusta), dan orang yang apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya sahaja (tanpa tertarik) sambil menjaga kehormatan diri.
|
وَٱلَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا۟ بِٱللَّغْوِ مَرُّوا۟ كِرَامًۭا ٧٢ |
|
72. And those who bear not false witness, and when they pass by an idle talk, they pass on with dignity;
|
- Al-Qasas (28) :
- Ayat 55
|
55. Dan apabila mereka mendengar perbualan yang sia-sia (yang mengutuk agama Islam), mereka berpaling daripadanya sambil berkata, “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu, selamat tinggal, kami tidak ingin berdamping dengan orang yang jahil.”
|
وَإِذَا سَمِعُوا۟ ٱللَّغْوَ أَعْرَضُوا۟ عَنْهُ وَقَالُوا۟ لَنَآ أَعْمَٰلُنَا وَلَكُمْ أَعْمَٰلُكُمْ سَلَٰمٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِى ٱلْجَٰهِلِينَ ٥٥ |
|
55. And when they hear idle talk, they turn away from it and say: “To us our deeds, and to you your deeds, peace be upon you, we desire not the ignorant.”
|

