BAB 3 : PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN DAN DITEGAH

Bab 3 : Perkara yang diharamkan dan ditegah

LARANGAN-LARANGAN YANG BERKAITAN DENGAN AKIDAH

5. Merasa Aman Daripada Kemurkaan Allah

  • Ali-‘Imran (3) :
  • Ayat 54

54. Mereka (orang Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi ʻIsa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka). (Ingatlah) Allah sebaik-baik pembalas segala jenis tipu daya.

 

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ ۝٥٤

54. And they (the disbelievers) plotted, and Allah too planned, and Allah is the Best of planners.

 

 

  • Al-A’raf (7) :
  • Ayat 97-99

97. Patutkah penduduk negeri-negeri itu berasa aman (bersenang hati) daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

98. Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu berasa aman (bersenang hati) daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

99. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka berasa aman akan balasan buruk daripada Allah? Kerana (sebenarnya) tidak ada yang berasa aman daripada rancangan balasan buruk yang diatur oleh Allah itu melainkan orang yang rugi.

أَفَأَمِنَ أَهْلُ ٱلْقُرَىٰٓ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَٰتًۭا وَهُمْ نَآئِمُونَ ۝٩٧

أَوَأَمِنَ أَهْلُ ٱلْقُرَىٰٓ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًۭى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ۝٩٨

أَفَأَمِنُوا۟ مَكْرَ ٱللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْخَٰسِرُونَ ۝٩٩

97. Are the residents of the towns secure from the coming of Our wrath by night while they asleep?

98. Or are the residents of the towns secure from the coming of Our wrath by daylight while they play?

99. Are they then secure from the Plan of Allah? No one, then, feels secure from the Plan of Allah except those who are doomed to be the losers.

 

  • Ayat 183

183. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka. Sesungguhnya rancangan balasan-Ku amatlah teguh.

 

وَأُمْلِى لَهُمْ ۚ إِنَّ كَيْدِى مَتِينٌ ۝١٨٣

183. And I grant them respite, surely My Plan is infallible.

 

 

  • Al-Anfal (8) :
  • Ayat 30

30. Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat.

 

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ ۝٣٠

30. And remember when the disbelievers began to plot against you, to imprison you, or to kill you, or to turn you out (of Makkah). They were plotting and Allah too was planning, and Allah is the Best of planners.

 

 

  • Yunus (10) :
  • Ayat 21

21. Apabila Kami menurunkan kepada manusia sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan jahat untuk menentang ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Katakanlah (wahai Muhammad): Allah lebih cepat melakukan pembalasannya! Sesungguhnya utusan-utusan Kami (para malaikat) sentiasa menulis rancangan jahat yang kamu jalankan itu.

 

وَإِذَآ أَذَقْنَا ٱلنَّاسَ رَحْمَةًۭ مِّنۢ بَعْدِ ضَرَّآءَ مَسَّتْهُمْ إِذَا لَهُم مَّكْرٌۭ فِىٓ ءَايَاتِنَا ۚ قُلِ ٱللَّهُ أَسْرَعُ مَكْرًا ۚ إِنَّ رُسُلَنَا يَكْتُبُونَ مَا تَمْكُرُونَ ۝٢١

21. And when We cause men to taste a mercy after a hurt has touched them, behold! They begin to make (evil) plots against Our Signs. Say: “Allah is the quickest in making plans.” Surely Our messengers write down what they plot.

 

 

  • Yusuf (12) :
  • Ayat 107

107. Adakah mereka merasa aman daripada kedatangan azab Allah yang meliputi mereka, atau kedatangan hari kiamat secara mengejut, ketika mereka tidak menyedarinya?

 

أَفَأَمِنُوٓا۟ أَن تَأْتِيَهُمْ غَٰشِيَةٌۭ مِّنْ عَذَابِ ٱللَّهِ أَوْ تَأْتِيَهُمُ ٱلسَّاعَةُ بَغْتَةًۭ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ ۝١٠٧

107. Are they secure from the coming of an overwhelming punishment from Allah, or the sudden coming to them of the Hour while they do not realise it?

 

 

  • Ar-Ra’d (13) :
  • Ayat 42

42. Sesungguhnya orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap nabi-nabi mereka). Tetapi, rancangan jahat itu adalah dalam kekuasaan Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri dan orang yang kafir akan mengetahui untuk siapakah tempat kesudahan (yang baik dan yang buruk pada hari akhirat kelak).

 

42. And surely those before them made their plots, but the whole plan belongs to Allah. He knows what each soul does; and the disbelievers will soon find out to whom the final home belongs.

 

 

  • Ibrahim (14) :
  • Ayat 46-47

46. Sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk membunuh Rasulullah dan menentang Islam), sedangkan pengetahuan tentang rancangan jahat mereka itu ada di sisi Allah. Rancangan jahat mereka itu (walaupun sebesar mana sekali pun), tidak akan dapat melenyapkan gunung-ganang.

47. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Mempunyai Pembalasan (terhadap orang yang menderhaka kepada-Nya).

46. And surely they planned their plots, but their plots were with Allah. And their plots were so effective that mountains could vanish by them.

47. Therefore think not that Allah will ever break His promise to His messengers. Surely Allah is Mighty, Lord of Retribution.

 

  • An-Nahl (16) :
  • Ayat 45-47

45. Maka adakah orang yang merancang melakukan kejahatan itu merasa aman daripada Allah yang menimbus mereka ke dalam bumi atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?

46. Atau Dia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang-alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak dapat menolak kuasa Allah.

47. Atau Dia membinasakan mereka sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu amat luas kasih dan rahmat-Nya.

45. Are they then who make evil plots feel secure that Allah will not sink them into the earth, or that the punishment will not come to them from where they perceive not?

46. Or that He may seize them in their going to and fro, so that there be no escape for them?

47. Or that He may seize them with gradual wasting? But surely your Lord is Full of Kindness, Most Merciful.

 

  • Al-Isra’ (17) :
  • Ayat 67-69

67. Apabila kamu ditimpa bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (daripada ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah. Tetapi apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingati-Nya). Sememangnya manusia itu sentiasa kufur (akan niʻmat-niʻmat Allah).

68. Adakah kamu – (sesudah diselamatkan ke darat) – berasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan menggegarkan sebahagian daripada daratan itu lalu menimbus kamu, atau Dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapa pun yang menjadi pelindung kamu?

69. Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Dia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecahbelahkan segala yang dirempuhnya, lalu Dia menenggelamkan kamu dengan sebab kekufuran kamu. Kemudian kamu tidak beroleh seorang penolong pun dalam hal ini terhadap (azab) Kami?

67. And when hurt touches you in the sea, those whom you call upon disappear from your eyes except Him alone. But when He saves you towards the land, you turn away. And man is very ungrateful.

68. Are you then sure that He will not cause you to be buried on land, or that He will not send you a most violent storm? Then you will not find a protector for you.

69. Or are you sure that He will not bring you back therein (the sea) a second time then send a gale of wind against you, and cause you to drown because of your disbelief? Then you will find no one to assist you against Us.

 

  • An-Naml (27) :
  • Ayat 50-51

50. (Dengan demikian) mereka telah merencana satu rancangan jahat, dan Kami pula rencanakan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedangkan mereka tidak menyedarinya.

51. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.

50. And they planned a plot, and We planned a plan, while they perceived not.

51. Then see what was the end of their plot—for We destroyed them and their people, all together.

 

  • Al-Ahzab (33) :
  • Ayat 17

17. Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu, bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapa pun – selain Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

 

17. Say: “Who is there to withhold you from Allah if He wishes you harm, or if He wishes you mercy?” And they will not find for themselves, besides Allah, any patron or helper.

 

 

  • Al-Mulk (67) :
  • Ayat 16-18

16. Apakah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang pengaruh dan kekuasaan-Nya) di langit itu menterbalikkan bumi bersama kamu, lalu tiba-tiba bumi itu bergegar (melenyapkan kamu di bawahnya)?

17. Atau apakah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang pengaruh dan kekuasaan-Nya) di langit itu menghantar angin ribut berbatu kepada kamu. Maka dengan itu, kamu akan mengetahui bagaimana buruknya kesan amaran-Ku kelak?

18. Sesungguhnya orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasul mereka lalu mereka dibinasakan). Maka, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaan-Ku.

16. Are you secure from Him Who is in the heaven that He will not cause the earth to swallow you, and behold! It shakes?

17. Or are you secure from Him Who is in the heaven that He may send you a violent storm? Then soon will you know how was My warning,

18. And surely those before them have rejected (the truth), then how (severe) was My requital?

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20