BAB 3 : PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN DAN DITEGAH

Bab 3 : Perkara yang diharamkan dan ditegah

LARANGAN-LARANGAN YANG BERKAITAN DENGAN AKIDAH

13. Takut Kepada Syaitan

  • Ali-‘Imran (3) :
  • Ayat 175

175. Sesungguhnya (yang membawa berita kedatangan musuh itu) ialah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, sekiranya kamu benar-benar beriman.

 

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ۝١٧٥

175. It is only the Evil One that causes you to fear his friends, then fear them not, but fear Me, if you are believers.

 

 

  • Al-An’am (6) :
  • Ayat 80-81

80. Dia dibantah oleh kaumnya. Dia pun berkata: “Apakah kamu hendak membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya daripada) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali ketika Tuhanku menghendaki sesuatu daripada bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Apakah kamu tidak mahu mengambil pengajaran?

81. “Bagaimanakah aku hendak takut kepada apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (daripada bahaya), jika kamu benar-benar mengetahui?”

وَحَآجَّهُۥ قَوْمُهُۥ ۚ قَالَ أَتُحَٰٓجُّوٓنِّى فِى ٱللَّهِ وَقَدْ هَدَىٰنِ ۚ وَلَآ أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِۦٓ إِلَّآ أَن يَشَآءَ رَبِّى شَيْـًۭٔا ۗ وَسِعَ رَبِّى كُلَّ شَىْءٍ عِلْمًا ۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ ۝٨٠

وَكَيْفَ أَخَافُ مَآ أَشْرَكْتُمْ وَلَا تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُم بِٱللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِۦ عَلَيْكُمْ سُلْطَٰنًۭا ۚ فَأَىُّ ٱلْفَرِيقَيْنِ أَحَقُّ بِٱلْأَمْنِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ۝٨١

80. And his people disputed with him. He said: “Do you dispute with me about Allah, and He has surely guided me? And I fear not those whom you associate with Him, unless my Lord wills. My Lord comprehends all things in His knowledge. Will you not then remember?

81. And why should I fear those whom you associate (with Allah), when you fear not to associate with Allah that for which He has not sent down to you any authority? Which of the two parties, then, is more entitled to security, if you but know?”

 

  • Az-Zumar (39) :
  • Ayat 36

36. Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-Nya (Muhammad s.a.w.)? Dan mereka menakutkan engkau (wahai Muhammad) dengan apa yang mereka sembah selain Allah. (Ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah kepadanya.

 

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُۥ ۖ وَيُخَوِّفُونَكَ بِٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦ ۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍۢ ۝٣٦

36. Is not Allah sufficient unto His servant? But they seek to frighten you with those besides Him! And whom Allah sends astray, there is then no guide for him.

 

Please follow and like us:
0
fb-share-icon20
20